Sunday, January 30, 2011

Opsyen Pencen,untuk keluarkan duit KWSP..

ini adalah untuk yang amik opsyen Pencen..Memandangkan tempoh 3 tahun berkhidmat sudah semakin hampir..so,aku tulis post ni untuk konsi info keluarkan duit dari KWSP..
seperti yang semua maklum..kalau amik pencen,lepas 3 tahun kita boleh keluarkan duit kita yang dalam KWSP sebelum ini..tapi,kalau xnak usik..nak simpan kat situpun xpe..but bare in mind..takkan ada dah caruman dari gaji kita dan majikan..dividen yang dapat dari KWSP pun biasanye rendah je.adalah lebih elok kiranya keluarkan sume duit tu dan melabur kat tempat lain..ASB ke,ape2 pelaburan yang lebih menguntungkan la...so kalau ada keperluan nak pakai duit pun,boleh la keluarkan.
syaratnye nak keluarkan sume duit kite kat KWSP tu kena ada surat dari JPA yang mengesahkan pemberian taraf pencen kite..ayat kat bawah ni aku amik dari website JPA..
* Perakuan pemberian taraf berpencen bagi pekerja yang telah disahkan dalam jawatannya dan tidak memilih Skim KWSP hendaklah dihantar ke JPA sebulan sebelum genapnya tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira.
Borang dan dokumen yang diperlukan adalah seperti di di bawah.
a) Borang JPA.BP.SPPP.B06 – Perakuan Pemberian Taraf Berpencen
b) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini (lengkap dengan nama,nombor kad pengenalan, pengesahan jawatan dan opsyen pegawai)
So...sebulan sebelum cukup 3 tahun tu kena follow-up laa dgn kerani utk isi borg2 tersebut..lepas tu,genap 3 tahun dan dapat surat taraf berpencen dari JPA tu boleh la bawa ke KWSP untuk kuarkan sume duit yg ada di KWSP..xsilap masa aku gi tanya KWSP hari tu kita akan dapat 45% dari sume duit KWSP (akaun1+akaun2)..
sekarang ni boleh la tengok penyata KWSP dan buat kira2, anggaran berapa banyak kita akan dapat..45% dari sume duit dalam KWSP tu.sekarang pun duit caruman KWSP makin naik kan start Januari 2011..dari 7% naik ke 11% rasanye...sebab tu tengok slip gaji bulan 1 baru ni kurang sikit.sebab dia tolak caruman ke KWSP banyak sikit..
setakat tu je..kalau ada mane2 info yang salah kat atas ni sila perbetulkan ye..
sekian,sekadar berkongsi info..

4 comments:

Dr Ahmad Fairuz said...

oh. mesti genap 3 tahun ek? aku dok pikir nak ambik sekarang je. hehe. thanks sbb ingatkan sebulan sebelum 3 tahun. kena buat reminder ni. kalo tak terlambat plak. penyata kwsp bulan ni total akaun 1 + 2 dekat 16 ribu. aku ingatkan dapat semua. naper 45% jer dia bagi? yang lebih tu dia buat apa? aku nak buat bantahan kat kwsp ni.

nikapis said...

ko amik pencen gak ke fairuz?sekarang pun boleh je nak amik..kite amik yang akaun 1 punye.kita boleh amik dari akaun1 untuk beberapa tujuan.xsilap aku laa.akaun 2 xleh usik..kwsp tu campur caruman majikan sekali kan..sebab tu kita xdapat amik sume..lepas 3 tahun pun dapat 45% je.

Dr Ahmad Fairuz said...

apa contoh tujuannya? kalo sajer2 ambik sebab takder duit sekarang boleh tak?

nikapis said...

eh silap..kita leh amik dr akaun 2 punye..bukan 1..macam beli komputer rasanye..yeke?ntah la..kuar saja2 pun leh kot..yg tu xpasti la bro..xpernah buat..