Friday, January 28, 2011

Claim perpindahan/pertukaran..

satu lagi persoalan yang aku dok tertanya2..bile surf site JPA,jumpe la jawapannya..so aku post je la kat sini..link pun aku letak juga..kot2 korang rajin,leh la surf juge utk cari info..

so..kepada sape2 yang plan nak pindah/ bertukar lepas ni..leh laa plan supaya korang dapat claim nanti ye..mengikut syarat2 yg di bagi tau kat bawah ni..
sekian,sekadar berkongsi info..

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=479%3Atuntutan-pertukaran-perpindahan-atas-permohonan-sendiri&catid=146%3Afaq-elaun&Itemid=39&lang=ms

BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.
Adakah pegawai yang diluluskan bertukar atas permohonan sendiri layak menuntut bayaran perpindahan?
Pegawai yang diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk  bertukar atas permohonan sendiri layak dipertimbangkan bayaran perpindahan dan pertukaran sekiranya pertukaran dan perpindahan tersebut memenuhi salah satu daripada syarat berikut:-


a)
telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen berkenaan atau 3 tahun di kawasan hidup susah; atau


b)
bagi mengikuti suami/isteri yang telah bertukar terlebih dahulu dengan syarat pegawai telah berkhidmat melebihi setahun di pejabat terakhirnya; atau


c)
atas sebab-sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (suami / isteri / anak-anak) dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau


d)
bagi menjaga ibu / bapa yang uzur yang memerlukan jagaan rapi dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau


e)
atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan serba salah yang boleh memudaratkan pegawai.
2.
Adakah pesara yang memilih untuk bersara awal layak menuntut bayaran perpindahan selepas bersara?
Pegawai yang bersara atas pilihan sendiri boleh diberi bayaran perpindahan ke mana-mana tempat yang dipilihnya dalam Malaysia.

3 comments:

nikapis said...

nanti kalau apply nak bertukar tu..letakkan skali surat pengesahan parent sakit ke..isteri,anak sakit ke, kalau ada... masa anta permohonan bertukar tu..so,walaupun x cukup 5 tahun..still boleh claim pertukaran..

afthey said...

guna alasan ke 5 : atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan serba salah yang boleh memudaratkan pegawai.

"saya tak boleh kerja di sini kerana saya rasa tidak tenang dan keadaan ini telah mengganggu kewarasan saya untuk merawat."

boleh tak? hehehe.

nikapis said...

hahaha..menarik gak tu..cube la apply.tengok bos ko luluskan x..hehe..