Sunday, January 30, 2011

Opsyen Pencen,untuk keluarkan duit KWSP..

ini adalah untuk yang amik opsyen Pencen..Memandangkan tempoh 3 tahun berkhidmat sudah semakin hampir..so,aku tulis post ni untuk konsi info keluarkan duit dari KWSP..
seperti yang semua maklum..kalau amik pencen,lepas 3 tahun kita boleh keluarkan duit kita yang dalam KWSP sebelum ini..tapi,kalau xnak usik..nak simpan kat situpun xpe..but bare in mind..takkan ada dah caruman dari gaji kita dan majikan..dividen yang dapat dari KWSP pun biasanye rendah je.adalah lebih elok kiranya keluarkan sume duit tu dan melabur kat tempat lain..ASB ke,ape2 pelaburan yang lebih menguntungkan la...so kalau ada keperluan nak pakai duit pun,boleh la keluarkan.
syaratnye nak keluarkan sume duit kite kat KWSP tu kena ada surat dari JPA yang mengesahkan pemberian taraf pencen kite..ayat kat bawah ni aku amik dari website JPA..
* Perakuan pemberian taraf berpencen bagi pekerja yang telah disahkan dalam jawatannya dan tidak memilih Skim KWSP hendaklah dihantar ke JPA sebulan sebelum genapnya tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira.
Borang dan dokumen yang diperlukan adalah seperti di di bawah.
a) Borang JPA.BP.SPPP.B06 – Perakuan Pemberian Taraf Berpencen
b) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini (lengkap dengan nama,nombor kad pengenalan, pengesahan jawatan dan opsyen pegawai)
So...sebulan sebelum cukup 3 tahun tu kena follow-up laa dgn kerani utk isi borg2 tersebut..lepas tu,genap 3 tahun dan dapat surat taraf berpencen dari JPA tu boleh la bawa ke KWSP untuk kuarkan sume duit yg ada di KWSP..xsilap masa aku gi tanya KWSP hari tu kita akan dapat 45% dari sume duit KWSP (akaun1+akaun2)..
sekarang ni boleh la tengok penyata KWSP dan buat kira2, anggaran berapa banyak kita akan dapat..45% dari sume duit dalam KWSP tu.sekarang pun duit caruman KWSP makin naik kan start Januari 2011..dari 7% naik ke 11% rasanye...sebab tu tengok slip gaji bulan 1 baru ni kurang sikit.sebab dia tolak caruman ke KWSP banyak sikit..
setakat tu je..kalau ada mane2 info yang salah kat atas ni sila perbetulkan ye..
sekian,sekadar berkongsi info..

Friday, January 28, 2011

Claim perpindahan/pertukaran..

satu lagi persoalan yang aku dok tertanya2..bile surf site JPA,jumpe la jawapannya..so aku post je la kat sini..link pun aku letak juga..kot2 korang rajin,leh la surf juge utk cari info..

so..kepada sape2 yang plan nak pindah/ bertukar lepas ni..leh laa plan supaya korang dapat claim nanti ye..mengikut syarat2 yg di bagi tau kat bawah ni..
sekian,sekadar berkongsi info..

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=479%3Atuntutan-pertukaran-perpindahan-atas-permohonan-sendiri&catid=146%3Afaq-elaun&Itemid=39&lang=ms

BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.
Adakah pegawai yang diluluskan bertukar atas permohonan sendiri layak menuntut bayaran perpindahan?
Pegawai yang diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk  bertukar atas permohonan sendiri layak dipertimbangkan bayaran perpindahan dan pertukaran sekiranya pertukaran dan perpindahan tersebut memenuhi salah satu daripada syarat berikut:-


a)
telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen berkenaan atau 3 tahun di kawasan hidup susah; atau


b)
bagi mengikuti suami/isteri yang telah bertukar terlebih dahulu dengan syarat pegawai telah berkhidmat melebihi setahun di pejabat terakhirnya; atau


c)
atas sebab-sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (suami / isteri / anak-anak) dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau


d)
bagi menjaga ibu / bapa yang uzur yang memerlukan jagaan rapi dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau


e)
atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan serba salah yang boleh memudaratkan pegawai.
2.
Adakah pesara yang memilih untuk bersara awal layak menuntut bayaran perpindahan selepas bersara?
Pegawai yang bersara atas pilihan sendiri boleh diberi bayaran perpindahan ke mana-mana tempat yang dipilihnya dalam Malaysia.

Cuti-cuti lain..

Sambil berjalan2 di laman sesawang..tetibe terjumpe dengan cuti2 lain ni..so aku copy paste kan je la kat sini..senang utk rujukan aku jugak pada masa hadapan..
ni website die..

http://www.eghrmis.gov.my/elaun_kemudahan/2010/06/930/

Cuti-Cuti Lain


1.  Cuti Menjaga Anak
2.  Cuti Haji
3.  Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Mereka Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri
4.  Cuti Sabbatikal
5.  Cuti Membuat Kerja Penyelidikan
6.  Cuti Sambilan
7.  Cuti Berkursus
8.  Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan
9.  Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am
10.  Syarat-Syarat Dan Peraturan Bagi Mendapatkan Cuti Bagi Mengikuti Kursus Luar Kampus Di Malaysia

click pada tajuk2 di atas..kat situ dia ada bagi penerangan pasal cuti2 tersebut..termasuk link pekeliling2 mengenai cuti tersebut..sekian..
sekadar berkongsi info...

Gantian Cuti Rehat..GCR..bukan GCB McD ye..


rasanye dah ramai yang tahu pasal GCR ni..but it only comes to my knowledge recently..ketinggalan sungguh!tu pun tahu bila staff PKD tanya suruh isi borang, dari baki cuti rehat tahun lepas,berapa hari nak 4ward ke tahun ni dan berapa hari nak jadi GCR.

untuk maklumat rasminye boleh follow link website JPA kat bawah ni:
http://www.jpapencen.gov.my/gcr.html

kat sini aku just nak cite ape yang aku paham la..mungkin berbeza dari apa yang korang paham,sama2 la kita berkongsi ye.

ce citer,ce citer...

cuti yang ada bagi MO setahun setakat yang aku tahu adalah:
-30 hari cuti rehat tahunan,
-90 hari MC,
-seminggu paternal leave(termasuk weekend),
-untuk kaum hawa,maternity leave lak die kira lain.boleh amik 3 bulan atau 2 bulan.tapi sepanjang tempoh perkhidmatan max 300 hari.so..kalau amik 2 bulan leave selepas bersalin bleh guna sampai 5 org anak la.
(60 hari x 5).tapi kalau amik 3bulan dapat 3 org anak jela (90hari x 3=270..baki lagi 30 hari).baki 30 hari tu boleh la guna utk ank ke-4,pastu kn topup dgn cuti rehat atau cuti tanpa gaji kalau nak smbg lagi.tapi utk maternity leave ni dia akan tolak juga cuti rehat yg 30 hari tu sikit.kiraan die aku xpasti.
-cuti pegi haji..yang ni xingat dah berapa hari..40 hari ke?pun akan tolak sikit dari cuti rehat.kiraan die..xtahu.
-cuti tanpa gaji..365 hari  (setahun) sepanjang perkhidmatan.tapi akan tolak la hari jumlah perkhidmatan kita nanti.contohnye kalau kita amik maks setahun tu..nanti utk pencen ke pape ke..kalau 30 tahun,dia kan kire 29 tahun je la..tolak setahun cuti tanpa gaji tu..

seterusnye GCR ni adalah ganjaraan yg kerajaan bagi kat penjawat awam yang tidak mengambil cuti rehatnye yang 30 hari setahun tu,,maksimum boleh dikumpul setahun adalah sebanyak 15 hari..dan maks sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 150 hari.so kalau tiap2 tahun simpan 15 hari,sepuluh tahun dah maks la..pastu cuti yg ada lagi x boleh tukar ke GCR dah la..

contoh cuti aku tahun lepas berbaki 15 hari.aku 4ward 10 hari ke GCR dan lagi 5 hari bawa ke cuti rehat tahun ni.jadinye..total cuti rehat tahun ni aku ada 35 hari..5hari yg di 4ward ke tahun ni tu, kn pakai habis tahun ni rasanye.xleh 4ward ke tahun depan.yg 30 hari tahun ni tu boleh 4ward ke tahun depan.

cume yang musykilnye masa tanya staff PKD aku hari tu diorang kata GCR ni akan dibayar walaupun kita x sempat pencen.maknanye quit goverment ke..tapi bila baca kat website JPA tu,die kata macam xboleh.
quote from the site (link kat atas) :
  • SIAPA YANG LAYAK?http://www.jpapencen.gov.my/images/bullet.gif
    • Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
  • SIAPA YANG TIDAK LAYAK?http://www.jpapencen.gov.my/images/bullet.gif
    • Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya
 Sooo...ntah la..yang ni kena clarify balik.sesape yang ada info leh la kongsi ye...

ce kongsi, ce kongsi...

dari segi bayarannye..die ikut gaji akhir kita..gaji basic + elaun sume.kalau 10k darab dengan maks 5bulan (150 hari) so kita akan dapat 50k la wang GCR tu..LUMAYAN?tapi masa pencen nanti,dengan kadar inflasi 4% setahun kat Malaysia ni..bile dah pencen nanti dah banyak susut nilai 50k tu..
tapi GCR ni x termasuk ganjaraan pencen tau..ganjaran pencen lain pulak (bagi yang ambil opsyen pencen dapat la)..yg amik KWSP xde la ganjaran pencen.kat sini aku sertakan link kalkulator anggaran wang ganjaran masa pencen nanti bagi sesape yang pilih opsyen pencen

GCR ni xkira amik pencen atau KWSP ye..sume leh apply GCR.so..pikir2kanlah dari sekarang ye rancangan masa depan.nak maksimumkan GCR 150 hari tu..dan juga gaji akhir kita nanti..kalau sesape yang pakar tu memang lagi untung la..xsilap elaun pakar je sebulan dalam 2.8k..so kalau pencen mmg byk la boleh dapat GCR die..ape2 pun pikir2lah sendiri ye..sebab x semua yang sanggup pencen kat goverment.ramai yang quit join private.kalau GCR tu kite leh claim juga walau quit goverment kan bagus..kena kumpul cepat2 150 hari tu..lagi cepat dapat 150 hari,lagi cepat leh quit.hehehe.

Sape yang tahu atau xtahu pun leh la tolong2 tanye ye..konfemkan betul x kalu quit goverment xleh claim GCR ni?

kite sume kan sekadar berkongsi info je..Sekian...

Thursday, January 27, 2011

bilakah UD 44ku?


ini isu yang paling hangat bagi MO baru yg masih lagi berada pada gred UD41..
kalau dulu kita semua dimaklumkan setelah habis HO 2 tahun kita akan automatik naik ud44..
tapi ada banyak syarat2 lain yang perlu di patuhi sebenarnye..antaranya..
-sah lantikan
-sah dalam perkhidmatan
-isytihar harta
-markah SKT 2 tahun HO 80% above
-lulus kursus induksi umum dan khusus

setakat tu dulu..kalau ingat, tambah lagi.
1)sah lantikan dan sah dalam perkhidmatan ni peranan SPA.SPA akan keluarkan surat tersebut dan make sure kita kn ada surat original dari SPA utk simpanan.kalau ada masa nanti try upload gambar 2 surat tu.kena follow-up juga berkenaan surat ni sebab kadang2 ada masalah.contohnye macam aku dulu tarikh mula berkhidmat 19 Jun 2008 (tarikh kite start kursus induksi)..tapi surat yg awal2  SPA anta dulu ke HUSM tulis tarikh lapor diri ke HUSM.so nak baiki tu amik masa,jadi lambat.kena make sure betul tarikh tu sebab nanti effect kekananan kite,tarikh pencen,etc..satu lagi yg banyak jadi surat yg dikeluarkan SPA xsampai kat kita.xtahu pegi mana.flow dia SPA 4ward ke KKM,ke JKN,ke PKD/hospital..kn track kat mana hilangnye..
-sah dalam perkhidmatanni pun penting untuk apply master..loan kerajaan..1 lagi utk apply master kn dapat markah SKT 85% keatas selama 2 tahun berturut2 sebelum tahun kita mohon.

2)isytihar harta ni masa HO kat HUSM dulu lagi dah isi..tapi bila follow-up,katanye sangkut kat HUSM penang xbalik2 lagi.lame giloo doh..so untuk mempercepatkan proses baik laa isi yang baru kat tempat baru ni..sekarang dipermudahkan boleh isi kat website HRMIS.yang ni aku xberapa pasti sebab aku pun just isi borang je,kerani yang tolong isikan balik ke website tu.rasanye boleh buat sendiri.tapi selagi x isytihar harta mmg xkan naik 44.setiap 3 tahun kita kena renwe isytihar harta ni..

3)markah SKT plak kn 80% keatas untuk 2 tahun HO.untuk 1st year dia akn amik 36.4%.2nd year 63.6%..so yg 1st year rendah sikit xpe..yang pntg markah 2nd year tu kn tinggi sebab die amik 63.6% tu..kalu 2nd year rendah naya la..yang penting total 2 tahun tu kena 80% above.kalau x memang x naik.JPA akan tengok SKT masa MO tahun ke 3 utk naik 44 tu.lambat laa jawabnye..macam aku punye ikut surat yang JKN pahang 4ward ke KKM markah 1st year 67.3%.2nd 91.48%.total jadi 82.67%..tarikh kenaikan pangkat yg dicadangkan 16/09/2010/cukup2 2 tahun dari tarikh kite pegi kursus induksi sebelum start keje dulu.tapi..kalau xcukup 80% skt xtahu la macamana.mgkin effect gak la kot tarikh kenaikan pangkat yg dicadangkan..apa2hal pun nanti bile dah dapat kuar surat hebahan kita naik 44..still kena tunggu anjakan gaji.bukan naik terus gaji.tapi bile dah dapat anjakan gaji tu akan dapat backdated sedebuk mengikut kata senior aku..

so..last..flow die..pkd/hospital akan anta markah skt ke jkn.jkn akan anta ke kkm.kkm anta ke jpa untuk urusan kenaikan pangkat.isytihar harta pkd/hospital update terus ke hrmis.jpa cek kat situ kot.sah lantikan dgn sah dalam perkhidmatan peranan spa.

untuk follow-up status kenaikan 44 korang ni nombor kontek:
KKM Puan Haizun: 03-88833224
JPA En. Habib:  03-88854772

sekian..sekadar berkongsi info..

surat keputusan kursus induksi
Surat Sah lantikan dari SPA
surat Sah Dalam Perkhidmatan dari SPA



Surat urusan Kenaikan 44 yang JKN Pahang anta ke KKM
lampiran surat kenaikan pangkat 44


jadual gaji UD41.start dengan P1T6,after 2 years P1T8.sory kecik.xnampak..
Kenaikan Pangkat mengikut tahun





Forewarning..


assalaamualaikum...
dah lama berhajat nak buat blog ni untuk berkongsi info..
bukan sebab banyak tahu pun,cume rasa terpanggil untuk sama berkongsi tentang maklumat dan updates sesama kawan2 tentang segala benda..
apa yang dituliskan di dalam blog ini hanyalah berdasarkan pengalamanku sendiri semata..
so..bukanlah semuanya benar belaka..yang mana silap harap dapatlah sape2 perbetulkan..

semoga dengan adanya blog ni dapatlah kita sama2 berkongsi maklumat dan saling ingat memperingati untuk melicinkan segala urusan kerja dan juga kehidupan kite..
reader discretion are adviced...

sekian..sekadar berkongsi info..