Friday, January 28, 2011

Gantian Cuti Rehat..GCR..bukan GCB McD ye..


rasanye dah ramai yang tahu pasal GCR ni..but it only comes to my knowledge recently..ketinggalan sungguh!tu pun tahu bila staff PKD tanya suruh isi borang, dari baki cuti rehat tahun lepas,berapa hari nak 4ward ke tahun ni dan berapa hari nak jadi GCR.

untuk maklumat rasminye boleh follow link website JPA kat bawah ni:
http://www.jpapencen.gov.my/gcr.html

kat sini aku just nak cite ape yang aku paham la..mungkin berbeza dari apa yang korang paham,sama2 la kita berkongsi ye.

ce citer,ce citer...

cuti yang ada bagi MO setahun setakat yang aku tahu adalah:
-30 hari cuti rehat tahunan,
-90 hari MC,
-seminggu paternal leave(termasuk weekend),
-untuk kaum hawa,maternity leave lak die kira lain.boleh amik 3 bulan atau 2 bulan.tapi sepanjang tempoh perkhidmatan max 300 hari.so..kalau amik 2 bulan leave selepas bersalin bleh guna sampai 5 org anak la.
(60 hari x 5).tapi kalau amik 3bulan dapat 3 org anak jela (90hari x 3=270..baki lagi 30 hari).baki 30 hari tu boleh la guna utk ank ke-4,pastu kn topup dgn cuti rehat atau cuti tanpa gaji kalau nak smbg lagi.tapi utk maternity leave ni dia akan tolak juga cuti rehat yg 30 hari tu sikit.kiraan die aku xpasti.
-cuti pegi haji..yang ni xingat dah berapa hari..40 hari ke?pun akan tolak sikit dari cuti rehat.kiraan die..xtahu.
-cuti tanpa gaji..365 hari  (setahun) sepanjang perkhidmatan.tapi akan tolak la hari jumlah perkhidmatan kita nanti.contohnye kalau kita amik maks setahun tu..nanti utk pencen ke pape ke..kalau 30 tahun,dia kan kire 29 tahun je la..tolak setahun cuti tanpa gaji tu..

seterusnye GCR ni adalah ganjaraan yg kerajaan bagi kat penjawat awam yang tidak mengambil cuti rehatnye yang 30 hari setahun tu,,maksimum boleh dikumpul setahun adalah sebanyak 15 hari..dan maks sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 150 hari.so kalau tiap2 tahun simpan 15 hari,sepuluh tahun dah maks la..pastu cuti yg ada lagi x boleh tukar ke GCR dah la..

contoh cuti aku tahun lepas berbaki 15 hari.aku 4ward 10 hari ke GCR dan lagi 5 hari bawa ke cuti rehat tahun ni.jadinye..total cuti rehat tahun ni aku ada 35 hari..5hari yg di 4ward ke tahun ni tu, kn pakai habis tahun ni rasanye.xleh 4ward ke tahun depan.yg 30 hari tahun ni tu boleh 4ward ke tahun depan.

cume yang musykilnye masa tanya staff PKD aku hari tu diorang kata GCR ni akan dibayar walaupun kita x sempat pencen.maknanye quit goverment ke..tapi bila baca kat website JPA tu,die kata macam xboleh.
quote from the site (link kat atas) :
  • SIAPA YANG LAYAK?http://www.jpapencen.gov.my/images/bullet.gif
    • Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
  • SIAPA YANG TIDAK LAYAK?http://www.jpapencen.gov.my/images/bullet.gif
    • Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya
 Sooo...ntah la..yang ni kena clarify balik.sesape yang ada info leh la kongsi ye...

ce kongsi, ce kongsi...

dari segi bayarannye..die ikut gaji akhir kita..gaji basic + elaun sume.kalau 10k darab dengan maks 5bulan (150 hari) so kita akan dapat 50k la wang GCR tu..LUMAYAN?tapi masa pencen nanti,dengan kadar inflasi 4% setahun kat Malaysia ni..bile dah pencen nanti dah banyak susut nilai 50k tu..
tapi GCR ni x termasuk ganjaraan pencen tau..ganjaran pencen lain pulak (bagi yang ambil opsyen pencen dapat la)..yg amik KWSP xde la ganjaran pencen.kat sini aku sertakan link kalkulator anggaran wang ganjaran masa pencen nanti bagi sesape yang pilih opsyen pencen

GCR ni xkira amik pencen atau KWSP ye..sume leh apply GCR.so..pikir2kanlah dari sekarang ye rancangan masa depan.nak maksimumkan GCR 150 hari tu..dan juga gaji akhir kita nanti..kalau sesape yang pakar tu memang lagi untung la..xsilap elaun pakar je sebulan dalam 2.8k..so kalau pencen mmg byk la boleh dapat GCR die..ape2 pun pikir2lah sendiri ye..sebab x semua yang sanggup pencen kat goverment.ramai yang quit join private.kalau GCR tu kite leh claim juga walau quit goverment kan bagus..kena kumpul cepat2 150 hari tu..lagi cepat dapat 150 hari,lagi cepat leh quit.hehehe.

Sape yang tahu atau xtahu pun leh la tolong2 tanye ye..konfemkan betul x kalu quit goverment xleh claim GCR ni?

kite sume kan sekadar berkongsi info je..Sekian...

1 comment:

nikapis said...

BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?

* Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
* bagi pegawai yang bersara pada hari terakhir ia bekerja, dan
* bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera sebaik sahaja notis kematian diterima.